Program Ramah Mesra Kolej Komuniti

15 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2024, telah berlangsung Program Ramah Mesra Kolej Komuniti @ KRT Taman Cempaka Putih. Program ini berlangsung di Dewan Tambun Tulang bermula pada 3.00 Petang hingga 5.30 Petang. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada komuniti setempat. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya taklimat kemasukkan pelajar baru, peraturan-peraturan dan bantuan yang diberikan sepanjang tempoh pengajian oleh taman cempaka putih.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali